Papa & Mommy Love you
Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah S.W.T sebab memberikan sesuatu yang terlalu istimewa untuk Mia dan Mr.D. Gembira tak terkata! ;'D  Alhamdulillah Mia pregnant setelah 5 bulan berkahwin means tak lama lagi nak jadi Mommy dn Mr.D akan jadi Papa.. ehem serius macam tak percaya. 
Awal-awal Mia check UPT, EXCITED sangat! Mia check 3 hari sebelum period Mia delay. Patutnya kalau ikut Circle Day Mia, period dtg serbu 20 Mei 2013, tapi entah kenapa terdetik dalam hati nak try juga, nak juga! Walaupun my friends ramai bagi nsihat, nanti dlu takut nnt kita akan kecewa bila keputusannya -ve. Eeee memang takut pun ada, tambah-tambah lagi Mr.D pun xberapa nak galakkan Mia check seawal itu. Kalau ikutkn memang kerja gila la! ;) Tapi Mia cakap dengan Mr.D : "Syg janji takkan sdih2 kalau xada, betul." Sambil buat muka minta persetujuan Mr.D. Oh alangkah bestnye sebab Mr.D ikutkan aje permintaan isteri dia yang memang mengada-ngada nie!
Bila dah dpt permit terus ajak Mr.D pergi farmasi beli UPT yang berharga RM10. Siap beli dua tu! Nasib baik, Mr.D nak bayar hehehhe.. Mia cakap TQ la dekat  Mr.D yela sanggup bayar RM20 utk dua UPT, yela period tak delay lagi mau bazir duit beli UPT sampai 2 pula tu.
Mia bukannya apa, entahlah tiba-tiba naluri merasakan Mia nie pregnant. Lagi satu, Mia pelik suhu badan mia bila malam je rasa panas, Mr.D pun rasa. Dulu pernah google2, memang kalau suhu badan kita meningkat daripda sebelum ni, ada tanda-tanda nak mengandunglah tue. Lagi satu, yang paling ketara puting payudara mia sangat2 sensitif.. Terkena kain ke, tuala ke tersentuh ke Mak aiiiii sakit sangat, dan itu memang tanda-tanda kuat untuk mengatakan yang kita hamil. Lagi satu, rasa mual-mual dah ad tapi Mia selalu mual-mual waktu tengah hari pukul 12tgh hari. Masa matahari dah terpacak tegk! Pening2 tu mmg ada, rasa letih, xlrt buat kerja rumah.. Rasa nak marah pun ade! Kesian Mr.D byk kena marah dan bebel minggu nie. 
Okey, berbalik pada kisah UPT tu, lepas beli kitorang pergi jogging. HAHAHA.. konon-konon nak kasi kurus waktu konvo hari Isnin depan. Memang gila! Walaupun sebenarnya tak ada masalah pun kalau nak jogging kan waktu hamil tapi utk permulaan ni biarlah kita jangan banyak bergerak kan.. tapi nak bwt mcm mana memang tak tahu kan. Balik daripada jogging tu dalam pukul 7 petang tu, Mia cepat2 pergi toilet nak tadah urine.. he he Mr. D masa tu buat biasa je layan Lappy dia je.. He he.. Mia but tak kisah je, yang penting happy dpat test!
Mia titikkanlah urine dalam lubang UPT tu, dan biar seminit.. HAMPA! tak ade naik double line. Pergi ruang tamu cakap dekat Mr.D : "Nampaknya negatif,huhu" 
Mr.D ckp relaks lah belum lagi masanya tu. Next week kit test lagi. Hum.. buat muka kecewa sikit & pergi ambil UPT.
Mak oiii!!!!!!!!!!! memang terbeliak mata tengok DOUBLE LINE! DOUBLE LINE tue!!! Capai UPT terus bagitahu Mr.D. Dia macam tak percaya UPT tu double line. Yang kelakar dia muka dia pucat lesi.. Gelabah sangat tengok result UPT tu  +ve!! bukan -ve okey.. heee.. Dalam hati happy tapi still ragu betul ke?? Yelah, sebab period tak delay lagi.. tapi ada orang cakap kalau 3 hari sebelum period pun dah boleh check ataupun 12 hari dah bersama suami pada waktu subur. Mr.D cakap tak apa, kalau nak confirm esok waktu pagi-pagi buat lagi memandangkan ada satu lgi UPT yang belum digunakn lgi.
Esok sebelum solat subuh, Mia try lagi. Mr.D mengantuk sangat tidur je. Sabar je la! Hasilny lagi kabur dari semalam. Memang kalau snap gambar pun xlear langsung. Dalam hati dah sedih dah.. cakap dekat Mr.D kbur, dia cakap hormon kurng tu, biasalah baru lagi. Tak pun titis air kencing sikit sangat. He he! Memang pun sikit... Lepas tu bisik dekat Mr.D minta dia beli satu lagi sebab tak puas hati! HA HA HA. Nak try pukul 10 pagi nanti. Nasib baik!! Mr.D iyakan aje.. yeayy!!


Tengok pic atas. Belah kiri tu masa petang mia test, belah kanan masa subuh mia try. Memang tak nampak pun bila Mia snap.

Okey, kita sambung balik. Masa pukul 9 pagi, Mr.D pergi lagi farmasi tersebut untuk beli UPT. Kesian dia, mesti orang farmasi tu pelik hari ni beli lagi hee.. Biarkan! Masa nak test ni, Mr.D semangt nak buatkan. Bagi aje lah.. Tunggu 5 minit tetap kabur.. last-last malas tunggu kitorang pergi sarapan & pasar yelah waktu tu hari sabtu.. he he..
Balik-balik dalam pukul 11 pagi tu, memang terkejut lagi!! Lagi terang dri semalam punya dan lagi-lagi teranglah dari waktu subuh tadi. pelik  juga, Mia ni sesuai test waktu siang sikit ke? Habis puas google kata waktu pagi subuh lebih tepat. Ho ho ho.. tak kisahlah aslkan keputusanya POSITIF HAMIL.. Alhamdulillah 70% saya dan suami menyakini yang saya mengandung. Alhamdulillah, terima ksih Ya Allah.


Esoknya timbul rasa keinginan nak try dengan menggunakan UPT Digital pula. Yelah, orang ckap yang tu 99% lebih tepat lagi! Mr.D pun setuju juga tentang tu. Mia pun kirim la dekat adik suruh beli UPT Clearblue digital dekat guardian. Maklumlah dekat Sr Aman sarawak ni mana ada Guardian he he.. alhadulillah sehari je sampai by Pos Laju.
Dapat tu terus Mr.D suruh tadah urine lagi..he he.. Dia terlebih excited! Yelah guna digital tu.. Memang bestlah bila dia keluar perkataan pregnant berapa week or Not pregnant kalau kita tak pregnant. Mahal jugalah RM29.90 hee better kalau nk try guna ni korang test dulu guna yang biasa. Kalau hasil positif baru try guna ni. Lepas dah celup urine tu selama  20 saat, kitorang tunggu pula sampai 3 minit utk tahu result dye.. lama lh Mr.D pegang nampak tanggan dia menggigil tunggu result tu.. He he... nampklah gambar jam pasir lip lap lip lap nak kuarkan result.. & hasilnya.............................


Alhamdulillh, masa ni dah yakin 100% yang Mia ni mengandung. Kalau tengok picture dekat atas dye tulis pregnant 1-2 means baru 1 atau 2 minggu tapi kalau pergi check doktor, doktor akan cakap Mia dah 4 minggu. Petang tu, Mia terus pergi check doktor. Nasib baik tak ramai orang. Ha, ni ilmu dah bagitahu u alls, kalau u alls dah check guna UPT berkali-kali dan hasilnya positif, u all bawa je UPT tu pergi jumpa doktor, sbb masa nk daftar tu nurse akan ckp dh pernah check ke, nnt kt ckp ye je sbb nanti xyh dah nk test air kncing lagi, terus je scan. Mia masa tu terus je scan. Alhamdulillah nurse dan doktor sume baik2 dan ramah-ramah je.. Masa scan tu hubby dapat tengok sekali.. he he seperti biasa muka dia gelabah je tengok.. he he.. dalam tv tu kecik je.. comel  je.. telur baru tanam heee.. macam-macam doktor nasihat itu ini.. he he.. tapi serius servis dia best! Dia cakap kandungan Mia baru 4 minggu 4 hari, dia cakap terlalu awal tu.. jadi kena jaga elok2 macam biasalah kena makan asid folic.. heee :)
Doctor tu pun sempat ucap tahniah pada Mr.D waahh terharu tu! Doktor tu doktor cina.. kalau sesiapa yang duduk Sri Aman, Sarawak, i syorkan pegi klinik  Dr. Guang. Memang bagus... heee walaupun kena bayar RM67 tapi dapat juga scan pic baby bru 4 minggu . He he..


Tengok yang tanda 2 X tu.. tu la baby yg baru 4 weeks 4 day.. heee tak ada la tangan kaki lagi heee.. Korang yang baca blog mia nie, doakan ye kesihatan dan kesejahteraan Mia, suami Mia dan Baby mia.. Insyaallah due date mia kalu dkt scan tulis 24hb Januari 2014 tp nurse kira 31hb Januari 2014. Tak kisahlah kan..mana2 pun rasa sakit pergi je hospital heee :) Terima kasih kerana sudi baca entry yang ni.. :) Balik rumah je terus kol mak, mak mentua , ayah mentua, kakak ipar, makcik hee bagitahu kawan-kwan juga.. macm2 dorg nasihat dan ucpkan tahinah . Terharu sgt.. 
 Okey bawah ni Mia snap dua2 UPT yang mia guna, yang biasa dan digital. Hope u all yang rasa-rasa mcm nk pregnant tu better check je..kalau negatif pun xyah sedih.. okey happy2 :)


Bye! :)





Tips-tips mudah bersalin


1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang :)